Kemudahan
di Villa Delisha
Villa
Delisha menyediakan ruang tamu yang luas dan selesa, dilengkapi dengan
peralatan yang lengkap untuk tetamu beristirahat.
Villa Delisha 1 menyediakan sebuah meja mesyuarat
(skrin LCD), 3 set sofa dan TV LCD 42”( Astro Beyond HD).
Villa Delisha 2 pula menyediakan sebuah set sofa
dan TV LCD 32”( Astro Beyond HD).
Villa
Delisha 1 mempunyai 4 bilik tidur, manakala Villa Delisha 2 juga mempunyai 4
bilik tidur. Setiap bilik di Villa Delisha dilengkapi dengan penghawa
dingin beserta kipas angin dan disediakan 3 helai tuala serta sehelai sejadah. Setiap bilik tidur mempunyai bilik mandi yang
dilengkapi dengan pemanas air, cecair mandian,
dan syampu. Toto dan bantal
tambahan serta seterika turut disediakan.
Setiap unit Villa Delisha menyediakan ruang makan yang selesa dan santai menghadap
pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Dapur Villa Delisha dilengkapi dengan dapur gas,
mesin basuh, mesin pengering, peti sejuk, oven, microwave , periuk letrik,
cerek letrik, toaster, blender dan semua perkakasan memasak yang lain. Teh uncang dan gula yang mencukupi juga
disediakan.
Kemudahan-kemudahan
Lain:
Ruang Santai di halaman rumah dilengkapi dengan
set BBQ dan kerusi rehat.
Ruang menyidai kain yang luas dan selesa.
Kemudahan tempat letak kereta yang luas dalam kawasan berpagar yang selamat
dan selesa.












No comments:
Post a Comment